Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Articles

For Matrikulasi Perakaunan

SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA  PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI PERAKAUNAN

 SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

dan

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).


SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT BC01  07 Semester 

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI DAN SYARAT KHAS PROGRAM 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut :

  • Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Mathematics di peringkat SPM

dan

Mendapat sekurang-kurangya Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut

  • Bahasa Inggeris

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

dan

Calon tidak rabun dan tidak cacat anggota (buta/ pekak/ lumpuh/ bisu) yang menyukarkan kerja amali.