Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Articles

Click FAQ Here

1. Apakah itu UTHM?
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-15.
2. Bila UTHM ditubuhkan?

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh Y.B Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO).

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Hishamuddin bin Tun Hussein Onn.
3. Dimanakah lokasi UTHM?
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kedudukan UTHM adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke UTHM sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke UTHM.
4. Siapakah Naib Canselor UTHM?
Naib Canselor UTHM adalah Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin.
5. Apakah program yang ditawarkan?
Sila rujuk Senarai Program yang Ditawarkan.
6. Berapa bilangan pelajar di UTHM sekarang?
Enrolmen pelajar UTHM kini sedang meningkat kepada 8,000 orang.

7. Apakah syarat kemasukan Pengajian Pra-Siswazah UTHM?
Sila rujuk Syarat Kemasukan Pra-Siswazah UTHM.
8. Adakah UTHM menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah?
Ya, UTHM ada menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pengajian Siswazah.
9. Bahasa pengantar yang digunakan?
Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
10. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Universiti?