Graduan Ini Bukan Sekadar ‘First Class’, Kini ‘Key Player’ Projek Digital Johor
Daripada seorang mahasiswa yang tekun di balik skrin komputer kepada tonggak muda di sebalik pembangunan platform digital untuk rakyat Johor, kejayaan graduan baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Arif Azinuddin, 23, membuktikan bahawa disiplin tinggi dan fokus akademik mampu membuka jalan besar dalam dunia teknologi.
Graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian itu, meraikan detik penuh bermakna apabila menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama serta menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UTHM ke-25 yang berlangsung pada 7 Disember lalu.
Sumber : MYBERITA
#uthm
#UTHMJohor
#UTHMproducesprofessionals
#fsktmuthm
#mdec
#pdti
#hepafsktm
#hepauthm
