Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera.
Welcome to the official website of the Faculty of Computer Science and Information Technology (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). It is a great honour for FSKTM to welcome you and share the faculty’s vision and commitment in pioneering and advancing the dynamic field of computer science and information technology, now known as computing
Today’s world is moving fast, driven by innovations in information & communication technology, as well as artificial intelligence and data. The field of computing is the heart of this revolution, shaping the way humans interact, work, and live. FSKTM is determined to not only be a user, but also a major player contributing to this progress. FSKTM is committed to the university’s achievement in world rankings, especially in the field of computer science. This recognition is a clear testament to the quality of academic programs, innovative research, the dedication of a calibre of lecturers and researchers, as well as the quality of students and alumni. FSKTM always strives to ensure that the curriculum is relevant, up-to-date, and meets current standards.
One of FSKTM’s main focuses is to ensure high marketability of graduates. It is clear that the ultimate goal of every student is to secure an excellent career with a premium salary after graduation. Therefore, the programs at FSKTM are designed taking into account the needs of the industry, ensuring that graduates are equipped with solid technical skills and relevant soft skills. Alhamdulillah, the employability rate of UTHM graduates in the field of computer science is very impressive, with many alumni now successfully serving in leading institutions in the world, including technology giants and respected research institutions. Their success is an inspiration and benchmark for the quality of education that FSKTM offers.
FSKTM not only emphasizes academic excellence, but also the formation of character and noble values, centered on the spirit of “With Wisdom We Explore”. This motto reflects the philosophy of always thinking critically, creatively, and boldly exploring new frontiers of knowledge and innovation.
Along with this spirit of exploration, UTHM also practices the principles of Trust, Professionalism, and Innovation. Trust in carrying out responsibilities towards knowledge, students, and society; Professional in every action and interaction, always upholding high ethics; and Innovation as a catalyst for creating new ideas, cutting-edge technology, and sustainable solutions.
Therefore, explore the FSKTM website further, get to know the programs offered, the research conducted, and the opportunities that await you at FSKTM. Let us together shape the future of technology and produce a generation of leaders of caliber.
That’s it, thank you.
Dean of FSKTM, UTHM,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Adalah satu penghormatan besar buat FSKTM untuk mengalu-alukan kehadiran anda dan berkongsi wawasan serta komitmen fakulti dalam merintis serta memajukan bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang dinamik, kini dikenali sebagai bidang komputeran
Dunia hari ini bergerak pantas, dipacu oleh inovasi teknologi maklumat & komunikasi, serta kecerdasan buatan dan data. Bidang komputeran adalah nadi kepada revolusi ini, membentuk cara insan berinteraksi, bekerja, dan hidup. FSKTM berazam untuk tidak hanya menjadi pengguna, malah menjadi pemain utama yang menyumbang kepada kemajuan ini. FSKTM komited dengan pencapaian universiti dalam kedudukan dunia, khususnya dalam bidang sains komputer. Pengiktirafan ini adalah bukti nyata kualiti program akademik, penyelidikan inovatif, dedikasi barisan pensyarah dan penyelidik yang berkaliber, serta kualiti pelajar dan alumni. FSKTM sentiasa berusaha untuk memastikan kurikulum yang relevan, terkini, dan memenuhi piawaian semasa.
Salah satu fokus utama FSKTM adalah memastikan kebolehpasaran graduan yang tinggi. Jelas bahawa matlamat utama setiap pelajar adalah untuk mendapatkan kerjaya yang cemerlang serta bergaji premium setelah tamat pengajian. Oleh itu, program-program di FSKTM direka dengan mengambil kira keperluan industri, memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang mantap serta kemahiran insaniah yang relevan. Alhamdulillah, kadar kebolehpasaran graduan UTHM dalam bidang sains komputer adalah sangat membanggakan, dengan ramai alumni kini berjaya berkhidmat di institusi terkemuka di dunia, termasuk syarikat-syarikat gergasi teknologi serta institusi penyelidikan yang dihormati. Kejayaan mereka adalah inspirasi dan penanda aras kualiti pendidikan yang FSKTM tawarkan.
FSKTM tidak hanya menekankan kecemerlangan akademik, tetapi juga pembentukan sahsiah dan nilai murni, berpaksikan semangat “Dengan Hikmah Kita Meneroka”. Moto ini mencerminkan falsafah untuk sentiasa berfikir secara kritis, kreatif, dan berani meneroka sempadan baharu ilmu dan inovasi.
Seiring dengan semangat meneroka ini, UTHM turut mengamalkan prinsip Amanah, Profesional, dan Inovasi. Amanah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap ilmu, pelajar, dan masyarakat; Profesional dalam setiap tindakan dan interaksi, sentiasa menjunjung etika yang tinggi; dan Inovasi sebagai pemangkin untuk mencipta idea baharu, teknologi canggih, dan penyelesaian yang lestari.
Justeru, terokailah lebih lanjut laman web FSKTM, kenali program-program yang ditawarkan, penyelidikan yang dijalankan, serta peluang-peluang yang menanti anda di FSKTM. Marilah kita bersama-sama membentuk masa depan teknologi dan melahirkan generasi peneraju yang berkaliber.
Sekian, terima kasih.
Dekan FSKTM, UTHM,