FSKTM Unggul Dalam Acara Renang Sukan Antara Fakulti 2025
Atlet renang Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam Sukan Antara Fakulti 2025 apabila meraih kejayaan cemerlang dalam acara renang.
Lau Boon Chai muncul antara bintang utama kejohanan apabila mempamerkan persembahan mantap dalam acara renang kuak dada lelaki. Aksi bertenaga beliau berjaya menghadiahkan pingat emas kepada FSKTM, sekali gus mengukuhkan reputasi fakulti dalam arena sukan kampus.
Dalam kategori wanita, Kok Hui Xin turut mencuri tumpuan apabila meraih pingat perak dalam acara renang kuak dada wanita. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dirinya sebagai atlet, malah terus mengharumkan nama FSKTM di pentas renang antara fakulti.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlet atas kejayaan membanggakan ini. Semoga mereka terus maju dan meneruskan kecemerlangan untuk FSKTM! ![]()
![]()
![]()
![]()


