Selamat Maju Jaya, En. Norwan bin Ab Jalal
Pihak Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Norwan bin Ab Jalal atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan bermakna yang telah dicurahkan sepanjang 9 tahun perkhidmatan beliau di fakulti ini. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi, profesionalisme serta semangat kerja berpasukan yang amat dihargai oleh seluruh warga fakulti.
Sehubungan itu, pihak fakulti mendoakan agar En. Norwan bin Ab Jalal terus cemerlang dan diberi kejayaan dalam meneruskan perkhidmatan serta menabur bakti di PTJ lain di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Semoga segala pengalaman yang dimiliki dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha memperkukuh kecemerlangan universiti.
Selamat maju jaya dan semoga terus sukses pada masa hadapan.
#uthmjohor
#fsktmuthm
#fsktm
#fsktm
#uthmproduceprofesionals
#uthm
